Grachael's Fun KL - Legoland Trip

Tuesday, 21 October 2008

Anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan (Kategori Luar Bandar)


4 November,2008:The winners of the Anugerah Sekolah
Cemerlang (Kategori Sekolah Luar Bandar) KPM 2008


Pn Hjh Jamaiyah Hj Zakaria, SK Selama headmistress
proudly receiving the award from Datuk Seri Hishamuddin,
Minister of Education in Agro Park, Serdang, Selangor.


En Abdul Wahid Nordin, the Senior Assisstant of
Adminstration and me with our headmistress during
the official ceremony.

Some of the award recipients from Larut, Matang &
Selama District.



3 November, 2008- Rehearsal day.


Enjoying the night scene in KL city with
my headmistress.


Hari ini saya dipanggil puan guru besar ke dalam Bilik Guru Besar dan saya diminta tutup pintu. Pada mulanya saya ingat saya akan dimarah atau ditegur tetapi apabila 'ibu' senyum dan menghulurkan tangannya dan mengucapkan tahniah, saya balas dengan senyuman.

Saya ingat, ibu hendak mengucapkan tahniah kerana semalam saya menerima pengesahan ke dalam Jawatan Guru Cemerlang Gred DGA34 tetapi tidak. Alangkah gembiranya saya apabila ibu menyuruh saya membaca surat daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Berita bahawa sekolah SK Selama telah memenangi Anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan amat menggembirakan. Sebagai salah seorang guru yang paling lama berkhidmat di sekolah di bawah penerajuan lima orang guru besar, saya berasa banggga kerana saya dapat mengikuti perkembangan sekolah ini dari dahulu hingga sekarang dan berpeluang berkhidmat di sekolah ini selama 25 tahun. Maka anugerah ini ialah kemuncak bagi sekolah ini. Ia merupakan kejayaan semua pihak.

Saya berasa seronok kerana 'ibu' akan membawa saya bersama ke Kuala Lumpur untuk menerima anugerah ini bersama beliau dan Penolong Kanan Pentadbiran, En. Abdul Wahid. Untuk beberapa jam saya diminta menyimpan rahsia ini kerana 'ibu' hendak mengumumkan kepada guru-guru pada tengahari nanti. Mesyuarat tergempar dipanggil dan guru-guru berasa hairan dan saya hanya berkata ada suatu berita baik.

Anugerah yang diterima datang dengan tanggungjawab yang berat. Segala-galanya perlu dijaga dengan teliti agar tahap kecemerlangan dikekalkan. Ini memerlukan kerjasama semua pihak untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi menyerikan nama baik sekolah. Setiap warga S.K. Selama mempunyai tanggungjawabnya sendiri.

Berita baik ini ialah kejayaan semua yang terlibat dan dikongsi bersama oleh pihak PPD LMS dan JPN Perak.

Dalam hati saya, saya tetap percaya S.K. Selama bukan meminta dianugerahkan dengan gelaran sahaja tetapi sekolah ini telah lama mendahagakan pembangunan. Terutamanya pembinaan bangunan bertingkat tiga atau empat yang amat diperlukan kerana penambahan murid yang pesat sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Lagipun, sekolah ini memerlukan bilik-bilik khas yang lebih selesa dan dilengkapi dengan peralatan moden. Pihak sekolah berharap pembinaan bangunan baru akan disegerakan demi menyediakan suasana yang lebih kondusif untuk belajar bagi murid-murid sekolah ini.

Terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada pihak Pejabat Pelajaran Daerah LMS,Jabatan Pelajaran Perak dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

No comments:

Post a Comment