Grachael's Fun KL - Legoland Trip

Saturday, 5 July 2008

Cabaran Menganjurkan Lawatan Sambil Belajar BSMM


3 July, 2009 :Thanks to the RC members of SMK Sam Tet, Ipoh who
demostrated the test drill for my primary school RC
members who had the opportunity to watch it for the
first time. At Dewan Wisma BSMM Ipoh


Handing over a lot of foodstuff donated by the staff and
pupils of SK Selama and some generous townfolks to the
Chairman of the Welfare Home for Handicapped Children
at Housing Trust, Ipoh.


The top officials of the Perak Red Crescent Committee
were present to welcome us during the visit to Wisma
Bulan Sabit Merah Perak.



Visited Kompleks Sejarah Pasir Salak

Group photograph at Wisma Bulan Sabit Merah, Ipoh.
Ini pertama kalinya saya menulis dalam blog saya dalam Bahasa Malaysia.
Wow! Satu program lawatan yang saya rasa sangat penting dan dirancang dengan teliti telah pun berjaya dilaksanakan. Dua hari telah lepas tetapi saya masih berasa letih.

Lawatan Sambil Belajar Bulan Sabit Merah Malaysia SK Selama Ke Pasir Salak dan Ipoh telah diadakan pada Hari Khamis, 3 Julai, 2008. ( 7.45 pagi-10.00mlm)

Selaku ketua rombongan dan Ketua Guru Jurulatih BSMM sekolah ini, adalah harapan saya melihat setiap ahli Thn 4, 5 dan 6 mengikuti lawatan ini. Sayangnya segelintir daripada ahli BSMM tidak dapat berbuat demikian. Bagi mereka yang mengikuti lawatan ini, mereka dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman. Pertamanya, lawatan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak, para peserta lawatan berpeluang mempelajari sejarah tanah air dengan cara menarik. Terowong Sejarah, Galeri Keris dan Rumah Kutai sangat menarik.

Dari awal pagi, hujan telah turun tidak berhenti-henti dan saya berasa risau tetapi dengan penuh semangat dan kesabaran, saya yakin lawatan ini akan berjaya. Banyak barangan dimuatkan dalam bahagian bawah kedua-dua bas. Ada kawan saya yang komen bahawa agak banyak juga barangan makanan yang dikutip. Beberapa penderma yang bermurah hati telah menderma semuanya. Golongan oku ( orang kurang upaya ) sentiasa di dalam hati saya. Kali ini, mereka yang duduk di Rumah Kebajikan OKU di 198, Jalan Haji Eusoff, Housing Trust, 30250 Ipoh, Perak menjadi tumpuan.

Saya ingin ahli-ahli BSMM sedar dan bersyukur kerana mereka dianugerahkan Tuhan anggota badan yang sempurna. Bagi diri saya, sebagai ahli BSMM, kita berkhidmat dan prihatin kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Nilai-nilai penyayang dan berkecuali telah dan sedang saya cuba menyemai dalam sanubari kanak-kanak yang kecil ini.

Rumah OKU yang kami lawati serba kekurangan, sesak dan memerlukan bantuan dan perhatian orang ramai. Tuhan yang maha mengasih akan berkati ahli-ahli BSMM yang suci ini dan pada masa depan apabila mereka mampu, mereka akan menabur bakti kepada semua OKU tanpa mengira bangsa atau warna kulit, saya percaya.

Setiap hari kita mendengar berita buruk tentang perkara yang memalukan melalui media massa mengenai hal-ehwal negara , pemimpin dan jenayah yang semakin serius. Tambahan pula berita rusuhan kaum, pembunuhan dan sebagainya. Saya harap berita tentang program yang baik, ikhlas yang boleh dicontohi disebarkan dan generasi yang muda boleh mengikutinya.

Dalam perjalanan ke Pasir Salak, Jalan Beruas telah ditutup dan kedua-dua bas terpaksa melencong ke Pantai Remis. Ini memakan lebih masa dan drebar telah membisik nak bayaran sewa yang lebih tinggi. Apabila di Pantai Remis, satu kemalangan berlaku, di mana sebuah lori telah terbalik dan menghalang jalan. Lebih kurang 40 minit kami terpaksa menunggu. Ini membuat kami tiba di Pasir Salak amat lewat iaitu 12.00 tgh.

Nasib baik, Guru Besar S.K. Tok Pelita membenarkan kami makan di kantin sekolah. Makanan pun ditempah daripada kantin sekolah itu. Masa tidak membenarkan kita berlengah-lengah lagi. Kita bertolak ke Wisma BSMM Cawangan Perak dan sampai di sana pada 3.20ptg. Itu ialah lawatan pertama kali setiap orang ke sana. Saya amat terharu apabila nampak sambutan yang meriah dan teratur oleh JK BSMM Perak dan Cabang Ipoh. Terima kasih , Mr Chuah Teik Wei, SU BSMM Perak kerana mengatur semuanya. Apabila menyaksikan demontrasi "Team Test" daripada Belia BSMM SMK Sam Tet, saya amat tertarik dengan kesungguhan mereka. Bagi ahli-ahli BSMM saya , ia merupakan satu suntikan semangat untuk mereka mempelajari dengan bersungguh-sungguh pertolongan cemas asas. Setelah ini, mereka akan menduduki ujian-ujian berkenaan yang melayakkan mereka memakai beberapa lencana dan menerima sijil-sijil. Terima kasih SMK Sam Tet.

Kepada pegawai-pegawai Tn Hj Mohamad Adnan, Tn Hj Mohd. Ismail, Mr Ng, Mr Perumal dan Dr Choo yang hadir bersama, saya menghargai sumbangan mereka. Terima kasih semua.

Kanak-kanak gembira kerana menerima cenderahati dan sijil-sijil keahlian ( ahli baru ). Saya percaya masa di Wisma BSMM akan berkekalan dalam ingatan mereka selama-lamanya. Cenderahati iaitu sebuah gambarfoto berbingkai pasukan BSMM SK Selama disampaikan kepada pihak wisma. Saya harap satu hari nanti, apabila kanak-kanak ini besar dan berpeluang kembali ke Wisma BSMM, mereka dapat melihat gambar ini yang tergantung pada dinding.

Kami juga bergambar beramai-ramai di sini. Banner yang saya tempah memang berguna dan menarik.

Satu cabaran dan halangan yang terpaksa dilalui ialah mencari Rumah Kebajikan OKU di Housing Trust, Ipoh. Kerani rumah kebajikan ini kurang cekap menunjuk arahan. Setelah lama belok-membelok, kita selamat sampai di tempat ini. Saya dapati pemandu bas telah mengamuk kerana susah nak sampai ke sini.

Waktu solat telah lewat. Saya faham kita mesti sampai ke surau atau masjid segera. Ini dugaan dihadapi . Kita tengah dalam perjalanan dan setelah berbincang dengan guru-guru, mereka bersetuju untuk sembahyang jamak dekat pukul 7.00 mlm. Maka, kita terpaksa selesai aktiviti di Rumah Kebajikan ini dan menuju ke R&R cepat.

Hujan masih turun dengan lebat dan banyak barang perlu diturunkan daripada kedua -dua bas. Ketika itu , murid-murid telah masuk ke kawasan depan rumah ini. Saya nampak mereka bersalaman dengan lelaki OKU di sana. Tak lama kemudian, beberapa lelaki oku telah menari dan murid-murid gelak ketawa.

Beberapa orang pekerja dari rumah itu mengangkat barangan makanan. Saya mengawasi mereka mengeluarkan barang-barang dari kedua-dua bas. Selepas menyusun barangan itu di atas meja dan menggantung poster, semua murid bergambar bersama-sama.
Saya menghulurkan sampul mengandungi kad ucapan daripada para penderma yang mengirim salam .

Semuanya dilakukan dengan segera. Kanak-kanak bergambar di hadapan rumah kebajikan ini .
Kepada Mr Cheong, pengerusi JK Rumah Kebajikan tersebut, saya mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal. Saya berjanji akan kembali satu hari nanti untuk menabur bakti. Saya akan bawa Wanita M.C.A. ke sini pada satu hari. Buku-buku dan CD yang saya terima akan saya baca dan kongsi dengan kawan-kawan saya yang bermurah hati. Mr Cheong juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang dan para penderma.

Kepada guru-guru pengiring, En Amiruddin, Tn Hj Noor Azman, Pn Suhaila Salleh, Pn Hjh Fatimah Salleh, Cik Rusmaliza dan pekerja sekolah, Pn Noorasmah, saya mengucapkan terima kasih kerana membantu mengawal disiplin murid sepanjang lawatan dan membantu menjayakan program. Itu satu tugas yang mencabar kerana murid-murid sangat aktif.

Mujurlah, kami sempat tiba di R&R Sg Perak untuk bersolat lama dan makan malam. Sekali lagi, saya anggap ini semua dugaan Tuhan ( pandangan sudut Islam ) . Bagi saya, kalau kita berniat baik, kita akan dapat melakukan apa sahaja dengan tenang.

Walaupun letih, kanak-kanak masih aktif dan ada yang tidak boleh duduk diam. Mereka berasa seronok. Saya mengingatkan mereka supaya tidak memonteng kelas pada keesokan hari. Hari Jumaat juga merupakan Hari Interaksi di mana ibubapa perlu mengambil sendiri kad laporan anak-anak mereka. Pengumuman telah dibuat.

Pada jam 10.00 mlm tepat, kedua-dua bas tiba di sekolah. Sebelum itu, ramai ibubapa menelefon kerana nak tahu masa tiba. Saya tahu, semua berasa lega kami telah tiba dengan selamat. Tidak ada sesiapa yang cedera atau sebarang kemalangan berlaku. Telah tiga kali saya mengubah maklumat dalam Kurnia Insurans yang dibeli ( RM10 000 ). Saya amat teliti. Setiap nyawa dihargai dan saya harap PPD atau kementerian akan mewajibkan pihak sekolah membeli insurans tambahan untuk peserta lawatan. Ia bukan senang. Bas ditukar dan sehingga hari terakhir, nama guru pengiring dan murid masih berubah dan ia patut dimaklumkan kepada kedai insuran untuk ubah dalam komputer. Bayangkan, Pn Norasikin, orang kuat BSMM sekolah tidak dapat pergi sekali. Pengurusan Prasekolah.

Walaubagaimanapun, saya berasa syukur dan menghargai semua pihak yang telah membantu menjayakan lawatan ini. Kepada mereka yang bermurah hati menderma kepada kanak-kanak dan pengurusan lawatan. Terima kasih. Kepada yang menderma kepada OKU di Ipoh, terima kasih dan jangan segan menderma lagi. Kepada Guru Besar yang menyokong program ini, saya menghargainya dan juga kerana sudi mendengar masalah dan menasihat saya. Dalam kelam kabut, 4 buah hamper dan beberapa paket kopi tidak diturunkan dari Bas B. Kesemuanya akan diderma kepada OKU di PPDK Selama pada Hari Isnin ini.

Y. Bhg. Dato' Hj Mohd. Akram, Pengerusi BSMM Cabang LMS dan Timbalan Pengerusi BSMM Cawangan Perak sangat mengambil berat tentang para peserta lawatan ini dan telah menelefon saya beberapa kali untuk mengetahui perkembangan. Akhir sekali Dato' ingin nak tahu apabila kami sampai di Selama dengan selamat. Terima kasih Dato' Akram.

Ingin saya memohon maaf kepada sesiapa sahaja jika dalam pengurusan lawatan dan kepimpinan saya , dengan tidak sengaja telah melakukan sebarang kesilapan atau perkara yang kurang menyenangkan. Saya mengakui kejayaan lawatan ini bukan usaha seorang tetapi kerjasama semua. Terima kasih sekali lagi.

Kerja selepas ini ialah membuat laporan dan penyata kewangan. Galeri Album di portal SK Selama, http://www.skselama.net/ memuatkan satu Album berjudul Lawatan BSMM Ke Pasir Salak & Ipoh. Terdapat 62 gambarfoto lawatan dalamnya. Gambar-gambar ini boleh dicetak dan 'save' dalam folder atau komputer.

No comments:

Post a Comment