This is the article I wrote in Malay for the second edition of Suaranita, Perak Women For Women bulletin recently. Many are still ignorant of their rights to safety in their own homes. As cases of domestic violence increase lately , there should be great concern to instill awareness among the public in order that precautions can be taken to avoid domestic violence and help the victims know their rights and get protection so that they can feel safe in their own homes. This article tells of ways how a domestic violence victim can get help and what to do to be safe and legal matters.
MASIH RAMAI YANG TIDAK TAHU TENTANG HAK KESELAMATAN RUMAH TANGGA
Masih ada ramai di antara kita yang menganggap keganasan rumah tangga sebagai perkara remeh dan tidak bertindak untuk menghentikannya.Keadaan kemelesetan ekonomi,masalah sosial dan tekanan hidup yang dihadapi ramai sekarang menyebabkan kes keganasan rumah tangga semakin meningkat.Jika keadaan ini tidak diawasi dan masalah keganasan rumah tangga tidak dapat diselesaikan, bilangan mangsa akan bertambah. Kesan-kesan buruk dialami oleh mangsa-mangsa keganasan rumah tangga dan ia menjejaskan kesihatan,produktiviti dan kebahagiaan mereka. Dengan secara tidak langsung, ahli masyarakat termasuk rakan sekerja , sahabat handai dan saudara-mara contohnya akan juga mengalami kesan-kesan buruk daripada keganasan rumah tangga. Kanakkanak dari keluarga yang tidak aman ini akan menunjukkan prestasi rendah dalam akademik dan hilang tumpuan kepada pelajaran.
Keganasan rumah tangga dilakukan oleh ahli keluarga sendiri. Ia termasuk menampar, menendang, mencekik, menghantuk kepala kepada dinding, mengadakan hubungan seks secara paksa, mencaci dan merosakkan harta benda kesayangan mangsa. Si mangsa keganasan rumah tangga akan merasa bodoh, terhina, kehilangan harga diri, bersalah dan tidak berguna. Si pelaku keganasan cuba menguasai mangsanya. Biasanya keganansan rumah tangga dilakukan oleh lelaki ke atas wanita dan kanak-kanak tetapi ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira bangsa, agama , status atau jantina. Ia berlaku di dalam rumah sendiri dan disaksikan oleh ahli keluarga. Ramai mangsa hanya menderita keseorangan. Jika mangsa itu s e o ra n g ka n a k- k a n a k l e l a k i ,kemungkinan besar dia akan bertindak ganas dan memukul wanita atau adikadiknya samada sekarang atau bila besar kelak. Tidak ada sesiapa pun harus dianiayai. Keganasan rumah tangga adalah salah.
Akta Keganasan Rumah Tangga yang diluluskan pada tahun 1994 mengenalpasti keganasan rumah tangga sebagai masalah sosial yang serius dan mesti ditangani. Keganasan rumah tangga bukan masalah peribadi keluarga. Akta ini melindungi semua orang.
Undang-undang mengiktirafkan keganasan yang menyebabkan kecederaan fizikal, berketakutan, mengurung anda, merosakkan harta benda dengan niat untuk menggusarkan
anda dan memaksa anda melakukan sesuatu yang anda berhak tidak melakukannya. Jika anda seorang mangsa keganasan rumah tangga, anda harus berani untuk membuat aduan.Tempat perlindungan d i s e d i a ka n o l e h P u s a t Kesedaran Wanita (WCC), Persatuan Wanita Perak untuk Wa n i t a , P e r t u b u h a n Pertolongan Wanita (WAO) dan yang lain untuk anda dan anak-anak yang dapatirumah tidak selamat untuk duduk. Pegawai polis atau pegawai kebajikan
masyarakat boleh menemani anda balik ke rumah untuk mendapat barangan seperti dokumen penting, pakaian dan wang.
Dapatkan bantuan daripada a h l i - a h l i a tau sukarelawan persatuan wanita. Setelah hubungi persatuan berkenaan dan dapatkan alamat dan nombor telefon,anda boleh menaiki teksi ke tempat perlindungan tersebut. Mahkamah akan mengeluarkan Perintah Perlindungan Sementara ( Interim Protection Order ) bagi melindungi anda dari keganasan dan jika pesalah melanggar IPO ia boleh dihukum oleh mahkamah. Anda berhak untuk membuat rayuan jika tidak berjaya mendapat IPO.
Jika anda tercedera, pergi ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan dan dapatkan nombor laporan perubatan anda dan salinan rekod pemeriksaan. Walaupun, kecederaan itu tidak serius, pastikan doktor membuat laporan juga. Anda perlu ditemani seorang yang boleh dipercayai ke hospital jika anda takut. Segera ke balai polis untuk membuat laporan keganasan rumah tangga. Perkara-perkara yang perlu dilaporkan ialah tempat , bila berlaku dan bagaimana berlaku keganasan tersebut. Anda perlu dapatkan salinan karbon laporan. Anda boleh membuat laporan polis di tempat lain daripada tempat anda tinggal. Beritahu polis anda memerlukan IPO. Pegawai siasatan (I.O.) akan menyiasat kes anda dan akan dirujuk kepada
pejabat kebajikan masyarakat untuk membantu anda mendapat IPO. Anda boleh menggunakan khidmat peguam untuk mendapatkan IPO.
Jika anda bimbang keganasan akan terus berlaku kepada diri anda, anda boleh memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah tangkap. Si mangsa perlu laporkan segala kemungkiran IPO kepada polis atau pegawai kebajikan masyarakat dengan segera. Laporan-laporan keganasan rumah tangga walaupun remeh akan difailkan dan akan digunakan sebagai bukti terhadap pesalah di mahkamah nanti.
Terdapat banyak kes keganasan rumah tangga yang ditangguh-tangguhkan bertahun-tahun. Kadang-kadang mangsa sendiri menarik balik aduan apabila diancam dan diugut oleh pesalah atau ahli keluarganya. Kes-kes keganasan rumah tangga di mahkamah magistret akan didengar apabila terdapat perintah daripada mahkamah tinggi. Si mangsa boleh menggunakan khidmat
peguam untuk menyaman pesalah dan menuntut dia membayar pampasan untuk gantirugi yang ditanggung oleh anda disebabkan keganasan rumah tangga. Kes-kes yang difailkan di mahkamah tinggi akan diselesaikan lebih segera. Si mangsa dan pesalah boleh diperintahkan untuk mendapat khidmat kaunseling. Dalam banyak sesi kaunseling, si mangsa perlu memahami keadaan diri dan berjuang untuk hakhak kemanusiaan dan wanita.
Di dalam sesi kaunseling atau mahkamah tribunal untukmenyelesaikan kes keganasan rumah tangga , si mangsa wanita perlu sedar akan timbulnya perasaan kasihan, bermaafan, dan menyalahkan diri. Sifat kelembutan hati si wanita dimain-mainkan dalam isu ini, jadi kebanyakan kaunselor lelaki terutamanya akan meminta si wanita memberi peluang kepada si suami untuk berubah sikap, memaafkannya dan juga menyalahkan si wanita yang menjadi punca keganasan rumah tangga. Akhirnya, si wanita tidak akan meneruskan kes dan pulang ke keadaan asalnya untuk menanggung risiko besar. Di dalam banyak kes, si pesalah akan terus mengawal, menindas dan meneruskan keganasan rumahtangga terhadap si mangsa sehingga si mangsa hilang akal dan tidak berupaya untuk membela diri lagi.
Maka, semua wanita atau mangsa keganasan rumah tangga perlu sedar mereka perlu bertindak lebih agresif dengan membuat aduan dan melaporkan kes di balai polis. Jika sudah beberapa kali tidak berjaya dan layanan yang diterima daripada mana-mana pegawai tidak adil, cuba membuat laporan di balai polis, pejabat kebajikan atau pejabat agama yang lain. Yang sebaiknya, anda perlu menghubungi pihak yang boleh membantu melalui telefon dan dapatkan khidmat kaunseling dan nasihat. Kanak-kanak dan pelajar remaja perlu meluahkan masalah dan laporkan tentang keganasan rumah tangga, gangguan dan penderaan seksual kepada guru kaunseling atau guru-guru yang lain.
Pertubuhan wanita dan kanak-kanak samada agensi kerajaan atau bukan kerajaan mempunyai sukarelawan dan staf yang komited dan berdedikasi yang perlu menyebarkan tentang Akta Keganasan Rumah Tangga, IPO (Interim Protection Order), nama persatuan dan talian
untuk bantuan kaunseling dan sebagainya. Jika terdapat sesuatu kes keganasan rumahtangga yang berjaya diselesaikan, ia perlu dimaklumkan kepada ramai agar ia dapat menjadi contoh yang baik untuk menyuntik semangat kepada mangsa-mangsa keganasan rumah
tangga yang masih menunggu bantuan dengan harapan.
Para sukarelawan persatuan melindungi hak wanita dan kanak-kanak yang berhati mulia dan berjiwa besar untuk membantu si mangsa keganasan rumahtangga perlu sokongan sepadu daripada semua pihak untuk meneruskan misi mereka. Demi mencegah keganasan rumah tangga , pelbagai program boleh dianjurkan di semua peringkat. Antaranya, kempen menghentikan keganasan rumah tangga, mempraktikkan teknik menghilangkan tekanan, latihan kaunseling kepada guru-guru dan sukarelawan dan bengkel untuk para pelajar.
Pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dirayu untuk menghulurkan bantuan melalui kewangan, latihan kepakaran , pembinaan infrastruktur dan sebagainya kepada pertubuhan bukan kerajaan yang membantu menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga dan melindungi hak-hak wanita dan kanak-kanak. Kerjasama dan perhubungan erat di antara semua pihak yang bertanggungjawab dapat mencegah dan menghentikan gejala sosial seperti keganasan rumah tangga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment